HomeEkonomiSabah meterai HoA dengan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd, potensi pemerolehan 50 peratus...

Sabah meterai HoA dengan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd, potensi pemerolehan 50 peratus kepentingan penyertaan dalam Samarang PSC

Read Time:1 Minute, 54 Second

KUALA LUMPUR: Sabah sedang membuka jalan untuk potensi pemerolehan sebanyak 50 peratus kepentingan penyertaan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran Samarang (Samarang PSC) berikutan pemeteraian Heads of Agreement (HoA) antara SMJ Sdn. Bhd. (SMJSB) dan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. (PCSB).

Menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di Kelab Petroleum Malaysia, Menara Kembar PETRONAS di sini, hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak dan mengatakan ini satu lagi perkembangan penting untuk Sabah.

Penandatanganan HoA Samarang PSC hari ini dibuat selepas Majlis Surat Persefahaman (LoU) pada Rabu lepas mengenai Back-In Option untuk Kontrak Perkongsian Pengeluaran Blok SB409 yang memberi entiti milik Negeri Sabah sehingga 20 peratus penyertaan setelah selesai komitmen kerja atau penemuan komersial, yang mana lebih awal.

SMJSB juga telah menandatangani HoA dengan PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCGB) untuk pemerolehan 25 peratus kepentingan penyertaan dalam Sabah Ammonia Urea (SAMUR) loji petrokimia pada 9 Januari, 2023.

Menandatangani bagi pihak SMJSB ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Dionysia Aloysius Kibat manakala PCSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, PCSB, Hazliza Othman.

Turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian itu ialah Presiden dan Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif, Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik, Naib Presiden Kanan Malaysia Pengurusan Petroleum (MPM), Petronas, Mohamed Firouz Asnan, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.

PCSB ialah pengendali dan kini memegang 100 peratus penyertaan di bawah Samarang PSC sejak 1995 dan telah menandatangani perjanjian tambahan PSC dengan PETRONAS pada 2018 untuk melanjutkan operasi PSC sehingga 31 Disember , 2035.

Kedua-dua pihak akan berusaha untuk memuktamadkan perjanjian farm-out di mana SMJSB akan mengambil alih peranan bukan operasi dalam perkongsian Samarang PSC.

Samarang PSC mempunyai tujuh medan pengeluaran minyak dan gas sedia ada iaitu Samarang, Samarang Kechil, Sumandak, Zuhal, Alab, Erb West dan Kinarut serta dua terminal penerima gas di Kota Kinabalu dan Pulau Labuan.

SMJSB akan menerima 50 peratus kelayakan rakan kongsi daripada pengeluaran minyak dan gas lebih kurang 36 ribu tong bersamaan minyak sehari (kboe/d) dan akan menjadi 50 peratus penjual bersama gas asli kepada pelanggan gas sedia ada di Kota Kinabalu dan Labuan.

Penandatanganan HoA dan potensi pemerolehan 50 peratus kepentingan peserta dalam Samarang PSC akan menjadi perkembangan kedua penting selepas menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Sabah pada 7 Disember 2021.

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular