HomeEkonomiUsahawan tempatan diseru teroka pasaran menerusi platform digital

Usahawan tempatan diseru teroka pasaran menerusi platform digital

Read Time:1 Minute, 8 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Usahawan tempatan perlu dan harus keluar dari zon selesa selain meneroka pasaran baharu melalui platform digital. 

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe berkata golongan tersebut tidak harus terus selesa dalam lingkungan pasaran tempatan dan perlu memanfaatkan platform dalam talian.

Katanya ia termasuklah seperti pengunaan aplikasi Tik Tok dan Facebook bagi meningkatkan pemasaran produk.

“Ini kerana perniagaan kini tidak terhad secara fizikal sahaja malah platform maya kian mendapat sambutan termasuk pemasaran di luar sempadan yang membawa pulangan lebih banyak, efektif dan cepat.

“Diharap usahawan tempatan sentiasa berpandangan jauh, kreatif dan inovatif di samping pihak kerajaan juga akan terus memberikan sokongan serta bantuan bagi memastikan produk tempatan mendapat tempat di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian  kepada media selepas merasmikan Seminar Inspirasi Bisnes Tanpa Sempadan, di sini semalam.

Phoong berkata, kementeriannya mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang turut giat memberikan tumpuan kepada pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang dilihat mempunyai hasil produk-produk yang unik dan berpotensi untuk dipasarkan.

“Antara usaha tersebut adalah bagi meningkatkan dan mentransformasikan produk tempatan dari aspek kualiti, pembungkusan, penjenamaan dan persijilan bagi memenuhi standard pasaran,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Datuk Rubin Balang dan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Haizar R.H. Ajaz Nabijan.

RELATED ARTICLES
Utama

PBS, Sabah STAR anjur Rumah Terbuka Krismas 25 Dis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular