HomeIsu tempatan28 graduan cilik PML tamat prasekolah

28 graduan cilik PML tamat prasekolah

Read Time:1 Minute, 36 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Seramai 28 murid Pusat Minda Lestari (PML), Universiti Malaysia Sabah (UMS) diraikan dalam Majlis Graduasi sesi 2022 kali ke-12, di sini, baru-baru ini.

Bertemakan “Cita-cita Impian Saya” (My Dream Ambition), pemilihan tema tersebut antara lain bertujuan memberi pendedahan tentang cita-cita dan hala tuju yang boleh diimpikan para murid pada masa hadapan.

Majlis perasmiannya disempurnakan Pengarah PML, Dr. Suwaibah Zakaria di Mini Auditorium Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS.

Berucap pada majlis itu Dr. Suwaibah berkata, majlis graduasi merupakan program gilang-gemilang yang menjadi acara tahunan PML bagi meraikan murid yang tamat pengajian prasekolah.

“Ia merupakan salah satu acara penting yang mewarnai takwim aktiviti PML di samping aktiviti-aktiviti lain seperti sukaneka, sambutan Hari Malaysia, Hari Kanak-kanak dan Guru (HAKAGU) dan sebagainya.

“Yang menariknya, persiapan pentas dan persembahan para murid juga adalah mengikut tema yang dipilih pada majlis graduasi kali ini,” katanya.

Beliau berkata, pusat jagaan dan didikan awal kanak-kanak merupakan satu keperluan utama bagi para ibu bapa yang bekerja.  

“Ibu bapa akan lebih produktif dalam pekerjaan apabila keperluan penjagaan dan pendidikan awal anak-anak mereka terjamin.

“Inilah tugas yang perlu dipikul PML iaitu menyediakan perkhidmatan terbaik khususnya kepada kakitangan UMS yang mempunyai anak di peringkat awal usia,” tambah Dr. Suwaibah. 

Ujar beliau, jika sebelum ini ada antara murid kurang berkeyakinan, kini setelah berada di PML terdapat perubahan sikap yang positif dalam kalangan mereka.

“Pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan di PML berorientasikan pembinaan self-esteem atau keyakinan diri.

“Semangat kerjasama dalam kalangan mereka turut dipupuk sejak bermula hari pertama melangkah ke dalam kelas.

“Hasilnya seperti yang kita lihat pada majlis graduasi ini, ramai murid berjaya menyertai pelbagai acara yang diadakan,” katanya.

Hadir sama Guru Besar PML, Zaleha Abdul Ghani; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) PML, Dr. Saifulazry Mokhtar; dan Setiausaha PIBG PML, Dr. Lailawati Madlan @ Endalan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya