HomeSukanSabah FC mula langkah kanan tewaskan PDRM FC

Sabah FC mula langkah kanan tewaskan PDRM FC

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu: Sabah FC memulakan saingan Liga Super musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan PDRM FC 4-0 di Stadium Likas di sini malam ini.

Sebaik babak pertama bermula, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berdepan situasi berbahaya apabila beberapa percubaan pasukan pelawat hampir meletakkan PDRM di hadapan.

Pasukan pelawat bermula dengan beberapa percubaan menerusi penyerang importnya, Agba Uche pada minit ke-10 dan ke-11, namun kedua-dua percubaannya belum mampu menewaskan penjaga gol tuan rumah Khairul Fahmi Che Mat.

Tuan rumah enggan memberi ruang kepada pasukan pelawat untuk terus melakukan serangan dan strategi menyerang balas Sabah FC berjaya mengembirakan lebih 12,000 penyokong yang hadir apabila pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani menjaringkan gol pertama pada minit ke-12 hasil hantaran Telmo Castanheira.

Berbaki beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama, Sabah FC sekali lagi menambah gol kedua pada minit ke-36 menerusi jaringan Park Taesu meletakkan tuan rumah selesai 2-0 sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Sabah FC terus menguasai permainan tanpa memberi peluang kepada pasukan pelawat untuk mencipta jaringan.

Bagaimanapun, tuan rumah berdepan cabaran untuk menambah jaringan selepas pertahanan PDRM tidak memberi laluan mudah untuk pemain Sabah FC menyudahkan jaringan.

Kelalaian pertahanan PDRM kemudian membuka peluang kepada Saddil meledakkan gol keduanya pada minit ke-71 menjadikan Sabah di hadapan dengan 3-0.

Sabah kemudiannya menutup perlawanan dengan satu lagi gol pada minit ke-93 menerusi Stuart John Wilkin sekali gus melengkapkan kemenangan 4-0 dalam aksi pertama skuad Sang Badak musim ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya