HomeIsu tempatanBudak 12 tahun maut terjatuh dari tingkap hotel 

Budak 12 tahun maut terjatuh dari tingkap hotel 

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Jalan Karamunsing, di sini, pagi ini.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap 14 ke beranda di tingkat lima bangunan hotel berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 pagi.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian. 

“Sebaik tiba di lokasi mangsa kanak-kanak ditemukan terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat bangunan hotel berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi membawa turun mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 7.54 pagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya