HomeUtamaSabah mampu diangkat martabat jika semua bersatu hati tolak amalan negatif

Sabah mampu diangkat martabat jika semua bersatu hati tolak amalan negatif

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sabah mampu menjadi sebuah negeri yang tinggi martabatnya di negara ini jika semua pihak bersatu hati untuk menolak amalan negatif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuklah menghentikan ketirisan dan amalan rasuah yang menyebabkan kehilangan wang negara pada jumlah yang banyak.

Katanya, Kerajaan baharu pimpinannya juga kita turut berada pada landasan yang tepat.

“Tiada negara atau negeri yang dapat bertahan sekiranya wujud ketirisan sehingga menyebabkan kehilangan wang berbilion ringgit.

“Nama Malaysia dulunya harum, tetapi disebabkan skandal kewangan, kehilangan wang, ini bukan salah rakyat sebaliknya beberapa individu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.

Anwar berkata, antara tugas pertama ketika dilantik sebagai Perdana Menteri adalah untuk menegakkan prinsip keadilan untuk semua.

“Semalam saya menandatangani satu pelaburan dari Abu Dhabi, kita perolehi 1.8 bilion dollar.  Lebih RM8 bilion balik kepada tabung negara, wang yang dulu hilang tetapi dalam rundingan kita tegas, tiada komisyen.

“Tetapi perlu ada pulangan maksimum kepada negara supaya rakyat boleh peroleh wang yang hilang ini.  RM8 bilion yang dulu hilang, kini boleh dipulangkan kerana adanya integiriti,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan percaya Sabah juga boleh bersama-sama mengamalkan perkara itu dan memohon rakyat negeri ini untuk mempertahankan hak-hak keadilan.

Katanya, kemajuan sesebuah negara dan negeri terletak kepada kestabilan politik dan kewibawaan pemimpinnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya