HomeUtamaHamdi, Nabilah wakili Sabah ke MTQ peringkat Kebangsaan

Hamdi, Nabilah wakili Sabah ke MTQ peringkat Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 56 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Qari, Hamdi Yusop @ Yusof dan Qariah, Nabilah Syafawati Sapari akan mewakili Sabah ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, Jun ini.

Hamidi dan Nabilah Syafawati masing-masing dinobatkan johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1444H/2023M yang berlangsung Khamis lalu di Dewan Sa’adah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000; piala iringan: sijil penghargaan; pakej menunaikan umrah sumbangan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS); seutas jam tangan sumbangan Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, sepersalinan pakaian sumbangan JAKIM beserta cenderahati sumbangan JHEAINS. 

Hadiah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muaram. 

Pada majlis itu, Hamdi memperoleh markah 87.66 peratus sekali gus meletakkan pesaing terdekat beliau, Mohamad Umar Jiman (Pantai Barat Utara) sebagai naib johan dan Nashraf Ideen Nahar (Pantai Barat Selatan) di tempat ketiga.

Manakala, empat peserta lain iaitu Zunaidi @ Ady Misdaranai (Pantai Barat Selatan), Abdullah Abdul Wahid (Tawau), Mohd Ariff Mohd Mustaza dan Ghazali Abd Manan (Pedalaman Atas) menerima hadiah saguhati.

Bagi kategori qariah, naib johan disandang Nur Faten Izzati Rablin (Pantai Barat Selatan), tempat ketiga Siti Hatijah Mursuki (Tawau), diikuti Sanayah Janaid (Pedalaman Bawah), Nur Izzannatul Natasha Saman (Pantai Barat Utara), Sabariah Samsudin (Sandakan) dan Nurafiqah Mohamad Musa (Pantai Barat Selatan) menerima saguhati.

Sementara itu, Majlis Menghafaz Al-Quran Kali Ke-13 Peringkat Negeri Sabah, Johan Tahap 3 (Juzuk 1-30) Kategori Hafiz dan Hafizah masing-masing dimenangi peserta Tawau, Fadhil Sabran serta Dian Karisma Mohd Japar dan menerima hadiah yang disampaikan oleh Hajiji.

Bagi Tahap 2 (Juzuk 1-20) pula, Johan Kategori Hafiz disandang oleh peserta orang kurang upaya (OKU), Muhammad Iman Izzudin Jamaludin (Pedalaman Atas) manakala Kategori Hafizah dimenangi Nur Alia Rafidah Supu dari Tawau.

Turut menerima hadiah, peserta Pedalaman Bawah, Hafizuddin Al Hilmi Amiruddin yang memenangi Johan Kategori Hafiz Tahap 1 (Juzuk 1-10) dan tiada pengumuman Johan Kategori Hafizah tahap ini kerana tidak mencapai markah yang telah ditetapkan oleh pihak urus setia penganjur.

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya