HomeEkonomiIntergriti di dalam sektor awam dan swasta dalam Sabah Maju Jaya

Intergriti di dalam sektor awam dan swasta dalam Sabah Maju Jaya

Read Time:4 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU – Sabah harus memperkasakan integriti di dalam masyarakat terutamanya membabitkan kakitangan awam bagi memastikan agenda Sabah maju Jaya dapat direalisasikan tanpa ada pihak yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan peribadi di atas gagasan murni berkenaan.

Sabah Maju Jaya yang merupakan slogan Jata Negeri sejak sekian lama telah diangkat sebagai nama pelan pembangunan Negeri Sabah bagi tahun 2021-2025, untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri.

Hala Tuju Sabah Maju Jaya berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan, seterusnya memandu arah pelaksanaan secara terancang dan strategik, untuk mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri.

Jelas agenda untuk memajukan rakyat di Sabah melalui pelbagai inisiatif dan halatuju itu boleh dicapai namun agenda murni berkenaan boleh runtuh apabila kurangnya kecekapan dalam menjalankan tugas  dan ancaman rasuah seumpama barah yang merebak pada bila-bila masa.

MAJUKAN SABAH ATAU RAIH KEUNTUNGAN PERIBADI

Setiap kepimpinan menghadapi cabaran di dalam memajukan Negeri Sabah. Wujud dua kelompok yang dihadapi iaitu kelompok yang sememangnya sayangkan negeri serta mahu negeri ini maju serta kelompok yang mahu meraih keuntungan peribadi tidak kira di dalam politik mahupun kakitangan awam yang menjalankan dasar kerajaan negeri.

Mengambil contoh pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah di mana Aktiviti pemalsuan sebegini menyebabkan kerugian kutipan hasil Cukai Jualan Negeri yang amat besar.

SUMMARY ON THE PERFORMANCE OF THE MALAYSIAN OIL PALM INDUSTRY, 2021 & 2020

Untuk rekod, pada tahun 2021, data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan bahawa Sabah telah menghasilkan sejumlah 4.36 juta tan minyak sawit, dengan anggaran nilai sejumlah RM 19.53 billion.  Dengan kadar 7.5%, jumlah Cukai Jualan Negeri minyak sawit mentah yang sepatutnya di kutip ialah RM 1.47 billion.

Namun begitu, untuk Belanjawan 2021, Kerajaan Negeri Sabah hanya menganggarkan kutipan sejumlah RM 788 juta. Ini menunjukkan perbezaan ketara sejumlah RM 678 juta (53%).

Malah, untuk tahun 2022, kutipan hasil Cukai Jualan Negeri untuk minyak sawit mentah di anggarkan sebanyak RM 810 juta.

Bayangkan angka yang tidak dapat dikutip itu, sekiranya dapat dimanfaatkan semula untuk pembangunan rakyat Sabah. Tentu lebih banyak rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dibina, sekolah daif dapat dibaik pulih serta infrastruktur rakyat dapat ditingkatkan.

tangkapan layar kes rasuah membabitkan penipuan cukai jualan sawit

Padanlah angka rasuah yang diterima amat besar di mana  seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan yang ditahan SPRM Sabah tahun lepas kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000.

Itu baru satu syarikat perladangan, kita tidak menyentuh masalah tenaga, pebekalan air, struktur jalan raya, serta isu-isu lain yang melemahkan pencapaian kerajaan negeri.

Walaubagaimapun tadbir urus korperat dan tatakelola yang baik juga harus diamalkan oleh pihak swasta di dalam menyahut saranan Sabah Maju Jaya.

Ingat Rasuah tidak akan berjalan tanpa pihak yang setuju untuk memberi, dengan pihak yang bersetuju untuk menerima. Tidak adil jika jika hanya pihak penerima sahaja yang didakwa, namun lebih banyak pihak yang memberi tidak didakwa.

Dengan menjauhi amalan rasuah, maka syarikat-syarikat dapat menjauhi tindakan untuk tidak membayar cukai, menipu hasil yang diraih, dan akhirnya rakyat akan menerima mafaat dari hasil-hasil yang dilarikan itu.

Dan kerajaan juga boleh meraikan penjawat-penjawat awam, syarikat -syarikat yang mempunyai tahap pentadbiran yang baik, yang cemerlang di dalam usaha memajukan sabah dengan satu bentuk penghargaan yang memanfaatkan semua seperti anugerah khas pembayar cukai dan sebagainya.

 Justeru dengan semangat integriti yang cemerlang di kalangan pihak bukan kerajaan juga ianya boleh dijadikan sinergi untuk mempercepatkan lagi capaian dan harapan Sabah Maju Jaya ini.

PEMERKASAAN SISTEM PENGURUSAN MELALUI TEKNOLOGI

Sabah juga harus memperkasakan sistem pengurusan serta meningkatkan pematuhan prosedur operasi standard  ( SOP) melalui kecanggihan teknologi.

Terdapat banyak sistem yang boleh digunapakai di dalam meningkatkan tahap pematuhan, Pengawasan awam serta pengurusan data.

Bayangkan kerajaan dapat memantau secara langsung jumlah-jumlah hasil daripada sektor perladangan dan minyak serta gas di Sabah langsung dari masa ke semasa.  

Kerajaan boleh mendapat input jumlah minyak sawit mentah, gas serta minyak mentah  yang dikutip dari kilang-kilang pemprosesan yang terletak di Negeri Sabah.

Data-data yang diperolehi secara langsung ini memudahkan kerajaan Negeri membuat anggaran jumlah hasil sebenar yang diperolehi dari industri berkenaan serta mengurangkan ralat yang mungkin disebabkan kelemahan manusia. Ini sekaligus dapat mengurangkan potensi rasuah di mana data yang diberikan adalah secara benar dari masa ke semasa.

Data-data ini juga membolehkan audit dilakukan dengan lebih tepat kerana tahu di mana sumber dan berapa jumlah yang dikeluarkan serta di mana kekurangan dari data yang dilaporkan.

Begitu juga dengan pentadbiran awam, wujud keluhan dari kalangan pembekal bahawa kerajaan negeri lewat di dalam memproses pembayaran yang harus dibuat selepas kerja-kerja pembekalan diselesaikan.

Kerenah birokrasi seperti ini harus dapat dikurangkan kerana ianya melihatkan ketidakcekapan didalam pentadbiran awam dan sekaligus gagal di dalam mematuhi disiplin serta prosedur operasi standard  ( SOP) yang digariskan.

Justeru Pentadbiran kerajaan haruslah bertindak di dalam memperkasakan penggunaan teknologi di dalam mengurangkan ketirisan, birokrasi dan mutu kerja di dalam memastikan agenda Sabah Maju Jaya dicapai dengan cemerlang.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Agenda Membasmi Miskin Tegar Di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular