HomeUtamaBuru yang elak bayar cukai walaupun kawan saya, Anwar beritahu LHDN 

Buru yang elak bayar cukai walaupun kawan saya, Anwar beritahu LHDN 

Read Time:1 Minute, 0 Second

CYBERJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara agresif mencari jalan untuk memburu mereka yang mengelak daripada membayar cukai walaupun mereka adalah rakan atau penyokong beliau.

“Sama ada kenalan saya atau tidak, penyokong saya atau tidak, cukai wajib bayar dan LHDN wajib menggeledah dan cari helah-helah (elak bayar cukai),” katanya pada Sambutan Hari Hasil ke-27.

Pada Jun tahun lalu, LHDN berkata sebanyak 31,598 belum mengisytiharkan pendapatan mereka menyebabkan kerugian RM665 juta pendapatan untuk kerajaan.

Katanya, sekiranya tidak ditangani segera ia akan “memberi kesan buruk kepada kestabilan ekonomi negara”.

LHDN berkata, entiti yang yang termasuk hampir 24,000 individu, dikenal pasti berdasarkan pemilikan aset dan kemampuan mereka mendapatkan pinjaman dan sekuriti bernilai RM500,000 dan ke atas.

Hapuskan rasuah sistematik

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, negara mesti menggiatkan usaha untuk menghapuskan rasuah yang digambarkan beliau sebagai “sistematik”.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, Anwar berkata, ramai pemimpin politik mempunyai jumlah “kekayaan yang besar”.

Katanya, sebahagian daripada pihak itu mendakwa mereka bersih tetapi sebenarnya beroperasi dengan “sistem yang kotor”.

Anwar juga menegur pemimpin Islam memakai “jubah dan kopiah” tetapi mempertahankan rasuah.

“Apa gunanya hidup sekiranya tiada nilai-nilai moral?” katanya tanpa menamakan sesiapa.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM Sabah tahan pasangan suami isteri bekas CEO & pengarah syarikat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular