HomePolitikGRS, PH Sabah tidak akan khianati PM dan Kerajaan Perpaduan

GRS, PH Sabah tidak akan khianati PM dan Kerajaan Perpaduan

Read Time:1 Minute, 43 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah tidak akan mengkhianati Perdana Menteri  dan Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, GRS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah bersatu hati untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim  sebagai Perdana Menteri Malaysia kesepuluh.

“(Datuk) Azis Jamman tidak wajar membuat dakwaan karut dan jahat, jika pun mahu menjadi Nujum Pak Belalang dengan mendakwa GRS adalah parti pertama meninggalkan Perdana Menteri jika berlaku pergolakan politik.

“Namun hakikatnya,Parti Warisan (WARISAN) termasuk Ketua Penerangan itu, yang mempunyai niat tidak mahu menyokong mana-mana parti atau pemimpin nasional, atas sebab itu, mereka memutuskan hubungan dengan PH dan selain bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, keputusan parti itu (WARISAN) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan adalah kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Ini kerana katanya, parti itu hanya mempunyai tiga Ahli Parlimen dan tidak akan memberi kesan kepada Kerajaan Perpaduan jika tidak memberi sokongan kepada Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Azis dan parti beliau cuba menutup kesalahan sendiri, dengan menuding kepada parti lain dan kenyataan Azis itu hanyalah ilusi dan andaian liar semata mata.

“Berdasarkan pengalaman lalu dalam Kerajaan Negeri Sabah semasa Warisan memimpin dan gabungan mereka, saya yakin parti-parti komponen PH di Sabah mengetahui sikap dan keikhlasan Warisan dalam kerjasama dan permuafakatan,” katanya.

Justeru, Nizam menggesa agar pihak berkaitan tidak mengandaikan pemimpin dan parti lain juga berniat jahat dengan sikap pemimpin parti sama yang telah beralih arah menyokong kerajaan sedia ada.

“Dengan sokongan kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan GRS dan PH Sabah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan, tidak timbul sama sekali tindakan khianat, seperti mana yang telah dilakukan oleh beberapa pemimpin negeri pada 6 Januari lalu.

“Perkara yang didalangi oleh pemimpin Parti Warisan untuk merampas kerajaan secara kerajaan pintu belakang dan tebuk atap,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular