HomeUtamaPengecualian VA dapat percepat Projek Lebuhraya Pan Borneo

Pengecualian VA dapat percepat Projek Lebuhraya Pan Borneo

Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu: Pelaksanaan baki 20 daripada 35 pakej dalam fasa satu Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dapat dilaksanakan dengan lebih cepat jika sesi Value Assesment (VA) terhadap pakej-pakej terbabit dapat dikecualikan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey berkata, ini kerana proses sesi VA terhadap pakej-pakej yang berkenaan telah dilakukan pada tahun 2017 dan tahun 2018 sebelum tergendala dan dilihat mengambil masa jika dibuat semula.

“Saya juga berharap agar dana ini dapat disalurkan pada tahun ini juga bagi membolehkan pelaksanaan lebuhraya Pan Borneo Sabah dapat dibuat awal dan juga akan melibatkan kontraktor-kontraktor tempatan Sabah yang berwibawa dan berkeupayaan.

“Selain daripada lebuhraya Pan Borneo, saya tertarik dengan jawapan daripada Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia berkaitan dasar zero potholes.

“Justeru, saya juga ingin memohon agar dipertimbangkan tambahan peruntukan untuk penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan di Sabah yang amat memerlukan kerja-kerja penambahbaikan terutamanya jalan di laluan Tamparuli – Ranau dan Kianabatangan – Lahad Datu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat di sini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan turut menyentuh berkenaan dengan Arahan Perbendaharaan 182 (AP182).

Beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas pengikhtirafan terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Jabatan Pengairan Saliran Sabah sebagai jabatan teknik di bawah AP182 pada 4 Januari lalu.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri atas penurunan kuasa projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta kepada Kerajaan Negeri.

“Saya percaya peruntukan pembangunan bernilai sehingga RM50 juta ini dapat dilaksanakan dengan pantas dan efisien. Justeru saya mencadangkan agar semua peruntukan bagi projek-projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta yang perlu disalurkan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan Sabah.

“Ini bagi memastikan Kerajaan Negeri bertanggungjawab sepenuhnya dalam pelaksanaan projek pembangunan tersebut. “Sekiranya perkara ini tidak dilaksanakan, senario kelewatan projek pembangunan tetap boleh berlaku walaupun dengan pengikhtirafan Jabatan Kerja Raya Sabah sebagai jabatan teknik,” katanya.

Tambahnya, prosedur perolehan yang berkaitan perlulah diselaraskan bagi mengelak kelewatan agar pelaksanaan projek pembangunan dapat dijalankan dengan lancar.

Dalam pada itu, beliau berkata, penurunan kuasa menandatangani surat setuju terima (SST) dan kontrak bagi semua projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta juga mestilah dari Kementerian Kewangan Sabah dan tidak lagi daripada Menteri di Kementerian Pelanggan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular