HomeUtamaKadar zakat fitrah Sabah kekal RM7

Kadar zakat fitrah Sabah kekal RM7

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengumumkan kadar zakat fitrah di Sabah pada tahun ini kekal pada kadar RM7.

Yang DiPertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin berkata, kadar itu adalah berasaskan sukatan satugantang baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di Negeri Sabah.

“Saya dengan ini mewakili MUIS mengisytiharkan bahawa kadar zakat fitrah bagi tahun 1444 Hijrah bersamaan tahun 2023 masihi ialah RM7 keatas setiap orang Islam yang bermastautin di Sabah.

“Kadar ini adalah berasaskan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah bagi tahun 1444H/2023M di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Yahya berkata, secara keseluruhan kutipan zakat pada tahun lalu adalah sebanyak lebih RM133.42 juta termasuk zakat harta yang berjumlah RM122.49 juta dengan lebih 1.51,560,627 pembayar.

Katanya, jumlah pembayar zakat itu meningkat seramai 23,497 pembayar atau 1.53 peratus berbanding tahun sebelumnya bersamaan 1,537,130 orang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pelajar Sabah di KUIPs turut terima manfaat bantuan subsidi tiket penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya