HomeUtamaKUSKOP beri tumpuan tambahan pembangunan usahawan di Sabah, Sarawak

KUSKOP beri tumpuan tambahan pembangunan usahawan di Sabah, Sarawak

Read Time:1 Minute, 45 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuching: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memberi tumpuan tambahan kepada pembangunan usahawan dan koperasi di Borneo (Sabah, Sarawak) pada tahun ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, ini penting untuk mengurangkan jurang dan kesenjangan di wilayah itu dengan Semenanjung Malaysia.

“Sehubungan itu, diharap lebih banyak kerjasama dapat diadakan dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam pembangunan keusahawanan agar inisiatif yang telah digariskan di bawah perancangan Belanjawan 2023 dapat dimanfaatkan oleh usahawan dan Pengusaha Mikro, kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi di semua peringkat kumpulan sasar.

“Saya sepatutnya menjawab soalan di Parlimen tetapi saya wakilkan kepada timbalan saya kerana bagi saya mesyuarat ini amat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Keusahawanan Negeri Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCKK), di sini, kelmarin.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Menteri Kedua Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, mempengerusikan mesyuarat itu.

Mesyuarat berkenaan dihadiri ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan bertujuan menyelaraskan pembangunan keusahawanan di Sarawak.

Ewon berkata, di peringkat Bahagian, Kerajaan Sarawak menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan Bahagian yang dipengerusikan oleh Timbalan-Timbalan Residen.

Beliau berkata, kementeriannya akan terus memperkasakan kerjasama strategik dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri bagi memperkasa penyelarasan pelaksanaan pembangunan keusahawanan di negeri-negeri.

“Saya ucapkan terima kasih atas jemputan ke Mesyuarat SEDCC. Ini merupakan kesinambungan daripada sesi kunjungan hormat KUSKOP kepada Timbalan Premier Sarawak, pada 9 Februari lalu,” katanya.

Dalam perjumpaan bulan lepas, antara perkara yang dibincangkan ialah isu dan cabaran usahawan di Sarawak serta perancangan mengatasinya melalui kerjasama strategik di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

“Bagi pihak KUSKOP, saya menghargai komitmen Kerajaan Sarawak dan agensi untuk bekerjasama dengan KUSKOP dan agensi-agensinya dalam membangunkan usahawan dan koperasi di negeri ini,” katanya.

Ewon berkata, KUSKOP menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM732 juta dalam Belanjawan 2023 meningkat RM182 juta berbanding tahun lalu.

“Ini jelas menunjukkan Kerajaan terus menjadikan pembangunan usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sebagai antara fokus utama pemulihan ekonomi negara agar lebih berdaya saing dan kalis cabaran demi kestabilan ekosistem keusahawanan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya