HomeUtama73 DUN di Sabah terima sumbangan CSR menerusi Program Selembut Kasih

73 DUN di Sabah terima sumbangan CSR menerusi Program Selembut Kasih

Read Time:1 Minute, 19 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sebanyak 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan menerima sumbangan berupa makanan roti menerusi program Selembut Kasih sepanjang bulan Ramadan akan datang.

Sumbangan yang diagihkan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad itu merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang akan disalurkan menerusi Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah.

Majlis penyerahan sumbangan itu disampikan Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad Datuk Dexter Lau kepada Pengarah UPPM Sabah Datuk Awang Kadin Tang dan turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Dexter ketika ditemui berkata, program CSR yang dimulakan sejak tahun lalu itu akan diteruskan pada tahun ini dimana sebanyak 50 buah trak akan bergerak ke 73 kawasan DUN di Sabah.

“Ini bukan kali pertama, tetapi merupakan tahun kedua kami laksanakan untuk menyumbang kepada rakyat di negeri ini menerusi program CSR.

“Sumbangan ini akan kami agihkan melalui UPPM dibawah pimpinan Datuk Awang Kadin Tang dan ianya juga turut direstui oleh Ketua Menteri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri simbolik penyerahan sumbangan di perkarangan Menara Kinabalu di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Titingan dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan.

Dexter berkata, pihaknya percaya menerusi sumbangan yang diagihkan itu akan dapat memberi manfaat kpada komuniti Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

“Ini adalah cara untuk saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada rakyat yang telah menyokong produk jualan syarikat kami,” katanya.

Terdahulu, Hajiji turut memuji syarikat itu kerana menjalankan program CSR bagi membantu meringankan beban rakyat pada bulan Ramadan yang diselaraskan oleh UPPM Negeri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular