HomeIsu tempatanPenghuni Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Sakinah bakal miliki rumah baharu

Penghuni Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Sakinah bakal miliki rumah baharu

Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah (RAY As- Sakinah) bakal memiliki sebuah rumah baharu yang akan dibina di Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut dekat sini.

Shahemey diiringi Haji Samin menyempurnakan Upacara Pecah Tanah sebagai simbolik memulakan projek pembinaan Kompleks Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah pagi tadi.

Projek pembinaan Kompleks Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah yang menelan kos sebanyak RM3.1 juta itu akan mula dibina pada Mac tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, projek pembinaan kompleks iaitu rumah baharu Anak Yatim As-Sakinah itu dibiayai sepenuhnya oleh Tabung Rumah As- Sakinah, ia adalah hasil daripada sumbangan individu-individu yang berminat.

“Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah telah beroperasi sejak tahun 2011, Alhamdulillah, pada tahun 2023 hasrat pengurusan Rumah As- Sakinah ini untuk mendapatkan bangunan yang baharu telah tercapai dan sekarang adalah proses pembinaan rumah baharu ini yang akan bermula pada bulan Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh setahun daripada sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Upacara Pecah Tanah Tapak Kompleks Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah di sini, hari ini.

Tambah beliau, dengan adanya rumah baharu ini nanti ianya akan dapat memuatkan lebih kurang 80 orang penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah.

Sehubungan dengan itu, Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat turut mengalu-alukan para dermawan untuk menyumbang dalam Tabung Rumah As-Sakinah tersebut.

“Saya selaku pemimpin masyarakat di kawasan ini mengalu-alukan pada para dermawan yang ingin turut turun menyumbang masih boleh terus menyumbang kepada Tabung Rumah As Sakinah ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Anak Yatim Papar, Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah Haji Samin Ongki berkata dalam ucapannya turut merakamkan terima kasih kepada pihak Datuk Shahelmey selaku pemimpin masyarakat di kawasan itu, pihak pengurusan rumah As-Sakinah dan individu-individu yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan sumbangan untuk anak-anak rumah As-Sakinah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular