HomeIsu tempatanPenganjuran Program Hora Horey Cuti Sekolah pupuk semangat perpaduan

Penganjuran Program Hora Horey Cuti Sekolah pupuk semangat perpaduan

Read Time:1 Minute, 8 Second

Putrajaya: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (PCKUSKOP) berjaya menganjurkan Program Hora Horey Cuti Sekolah.

Penaungnya Datin Connie Parantis berkata, penganjuran aktiviti seumpama itu mampu memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli dan anak-anak Puspanita.

“Cuti sekolah adalah tempoh yang paling dinantikan oleh anak-anak. Namun disebabkan oleh tanggungjawab kepada tugas, ibu bapa tidak dapat menyantuni anak-anak untuk bawa bercuti di tempat percutian.

“Ada juga ahli PCKUSKOP yang terpaksa membawa anak-anak ke pejabat akibat ketiadaan pengasuh dan penjaga yang mampu menjaga sepanjang tempoh cuti sekolah ini.

“Sehubungan itu, PCKUSKOP melalui Biro Kesihatan dan Kekeluargaan mengambil inisiatif menganjurkan program ini bagi mengisi masa lapang anak-anak. Selain itu, memberikan kenangan indah kepada anak-anak yang sering kali terpaksa mengikut ibu bapa ke pejabat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Progam Hora Horey Cuti Sekolah, anjuran Biro Kesihatan dan Kekeluaraan PCKUSKOP, di sini, baru-baru ini.

Program seumpama ini pernah dianjurkan pada 2019 dan mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan anak-anak dan ahli PCKUSKOP.

Pelbagai aktiviti disusun termasuk Zumba, Pertandingan Mewarna yang dijalankan dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi dan Pertandingan menghias Cup Cake.

Semoga anak-anak semua mampu mencipta kenangan indah untuk hari ini dan boleh ceritakan kepada kawan-kawan di sekolah nanti apa aktiviti yang telah dibuat pada cuti kali ini.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya