Tawaran tambang istimewa, ‘Ramadhan Mubarak’ MASwings bermula hari ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba, MASwings menawarkan tawaran tambang istimewa ‘Ramadhan Mubarak’ bermula daripada RM131 dalam semua perjalanan sehala untuk semua laluan MASwings ATR.

Menurut kenyataan media pejabat perhubungan MASwings Sdn Bhd, Kota Kinabalu hari ini, pembelian tiket boleh diperolehi dari sekarang hingga 14 Mac 2023, untuk perjalanan segera sehingga 30 November 2023.

Katanya, tawaran istimewa itu akan memberi lebih banyak peluang kepada komuniti tempatan di seluruh Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk pulang dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang sepanjang bulan Ramadhan.

“Tawaran Ramadhan Mubarak MASwings menawarkan tambang sehala yang merangkumi semua penumpang bermula dari RM131 bagi sektor dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu dan Bintulu ke Sibu; daripada RM141 ke atas sektor dari Sandakan ke Tawau, Kota Kinabalu ke Labuan dan dari Miri ke Labuan, Bintulu dan Limbang; daripada RM181 bagi sektor dari Miri ke Sibu dan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu dan Mulu.

“Mereka yang ingin melakukan perjalanan dari Kuching ke Limbang dan Mulu juga boleh menikmati tambang serendah RM201; dan semuanya tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk,” katanya.

Menurutnya, Tawaran Ramadhan Mubarak MASwings adalah termasuk cukai berkaitan dan tertakluk kepada terma dan syarat MASwings.

“Semua tiket yang dikeluarkan pada perkhidmatan ATR termasuk 20kg elaun daftar bagasi dan hidangan ringan sebagai sebahagian daripada komitmen MASwings untuk menyemai Hospitaliti Malaysia sepanjang masa kepada pelanggan.

“Semua penumpang yang menaiki MASwings atau Malaysia Airlines keluar dari Malaysia Timur adalah digalakkan untuk mendaftar masuk untuk penerbangan mereka melalui pilihan daftar masuk sendiri yang tersedia untuk mengurangkan kerumitan dan menjimatkan masa.

“Tawaran di atas juga boleh didapati melalui laman web MASwings / Malaysia Airlines, pejabat tiket, dan ejen pelancongan yang dilantik atau melalui pusat panggilan di 1300 88 3000.

“Pelanggan digalakkan untuk melayari laman web rasmi MASwings di www.maswings.com.my/ untuk
maklumat lanjut tentang destinasi, tambang dan jadual penerbangan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *