HomeUtamaUSIA sokong usaha bangunkan Malaysia Madani, hala tuju SMJ

USIA sokong usaha bangunkan Malaysia Madani, hala tuju SMJ

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan terus menyokong usaha bagi membangunkan Malaysia Madani yang selari dengan tuntutan serta kehendak agama.

Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad berkata, ia juga turut menepati halatuju Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi membangun Negeri Sabah melalui slogan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“USIA percaya jika elemen atau objektif mewujudkan Malaysia Madani ini digabungkan dengan prinsip dan halatuju SMJ, nescaya pembangunan Negara/Negeri Sabah akan dapat dicapai dengan lebih pantas.

“Saya ingin menegaskan bahawa Pengurusan USIA yang ada sekarang akan meneruskan agenda Pertubuhan ini iaitu menjadikan dakwah sebagai teras perjuangannya.

“Sudah tentu usaha dalam bidang dakwah memerlukan pendekatan baharu serta lebih praktikal sesuai dengan zaman dunia digital masakini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Forum Malaysia Madani : Keharmonian Dalam Kepelbagaian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Forum itu telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.Sapawi berkata, USIA turut menyokong penuh halatuju SMJ selaras dengan Transformasi USIA melalui Pelan Strategik Pembugaran USIA 2022-2024.

Katanya, USIA memberikan tumpuan utama terhadap gerakan dakwah media sosial untuk menyampaikan matlumat mengenai USIA serta mesej dakwah dan pendidikan Islam.

“Dalam bidang Pendidikan pula, USIA akan bekerjasama dengan Institut Kefahaman Islam Darul Reduan (IKDAR). Kerjasama yang dijalin adalah dalam bidang pendidikan Tvet kepada lepasan Pusat-Pusat Tahfiz Al Quran di seluruh Sabah.

“Tujuannya adalah untuk mendedahkan Para Pelajar Lepasan Tahfiz Al Quran sehingga ke tahap Diploma adalah untuk mendapatkan peluang bagi memajukan diri dalam bidang Vokasional, selain memiliki Sijil sebagai Tahfiz Al Quran (Huffaz).

“Untuk makluman terdapat lebih dari 45 buah Pusat Tahfiz Al Quran di seluruh Sabah. USIA juga sedang mengemaskinikan Pembangunan Asetnya bagi menjana ekonomi,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular