HomeIsu tempatanYNJ terima sumbangan RM50,000

YNJ terima sumbangan RM50,000

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menerima sumbangan RM50,000 daripada Infinity Harvest Asset Management Sdn. Bhd.

Sumbangan disampaikan oleh Penasihat Eksekutif Kanan, Khairudin Razali kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang juga penaung YNJ ketika sesi kunjungan hormat di Istana Seri Kinabalu.

Menurut Khairudin, selain menyerahkan sumbangan, kunjungan itu juga bertujuan untuk menerangkan mengenai visi dan misi syarikat mereka dalam usaha memperkukuhkan ekonomi dan membawa pembangunan baharu di Sabah.

“Kami kini dalam fasa kajian pasaran dan ekonomi bagi mengenal pasti sektor kerjasama yang boleh dilakukan dengan kerajaan negeri untuk pembangunan Sabah.

“Kami telah bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan beliau bersetuju untuk memberikan peluang kepada kami meneroka pasaran di Sabah bagi tujuan pembangunan,” ujar beliau ketika ditemui media selepas sesi kunjungan tersebut, di sini kelmarin.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat Duta Besar Brazil Ke Malaysia, Ary Norton Murat de Quintella.

Ary yang dalam kunjungan kali pertamanya ke Sabah sejak dilantik menjadi Duta Brazil ke Malaysia pada tahun 2020 berharap kerjasama di antara Brazil dan Malaysia khususnya Sabah dapat diperkasakan lagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,191 pain darah berjaya dikumpul dalam Kempen Derma Darah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular