HomeIsu tempatanPenggambaran filem Sabah perlu permit khas

Penggambaran filem Sabah perlu permit khas

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu: Penggambaran filem di negeri ini perlu memohon dan menggunakan permit khas Kerajaan Sabah.

Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Borneo, Mohammad Rizal Mohamed Yunus berkata, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri untuk mendapatkan permit bagi menjalankan penggambaran di negeri ini.

“Selain itu, permohonan lesen pengeluaran filem juga perlu diperolehi daripada FINAS berdasarkan peruntukan Akta 244, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 disamping memiliki Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum sesuatu penggambaran filem dijalankan oleh syarikat produksi,” katanya sewaktu ditemui media di Program Kupi-Kupi Borneo yang melibatkan 50 penggiat seni perfileman tempatan.

Program sehari tersebut melibatkan tiga perbincangan iaitu Shoot in Sabah, Dari Sabah ke Antarabangsa, dan Sesi Libat Urus FINAS Bersama Penggiat Industri Kreatif Sabah.

“Program ini merupakan platform terbaik kepada penggiat seni bergerak ke hadapan dengan mendapatkan pendedahan berkaitan dana ataupun bantuan FINAS, pembangunan modal insan dan aspek lain yang berkaitan,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan agar para karyawan menjaga etika dengan menghasilkan karya yang boleh diterima dengan menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya