HomeSukanSabah FC gagal teruskan rentak kemenangan

Sabah FC gagal teruskan rentak kemenangan

Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC sekadar mencatat keputusan seri 1-1 keatas Sri Pahang FC pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Makmur Pahang malam ini.

Minit awal babak permainan, Sabah FC memulakan aksi menyerang ke gawang tuan rumah bagi mendapatkan gol awal skuad Badak.

Kelincahan pemain import Jailton Paraiba hampir mengejutkan pasukan lawan apabila membuat percubaan awal namun sepakannya tersasar tinggi melewati palang gol tuan rumah pada minit ke-11.

Dua minit berselang, tuan rumah akhirnya dikejutkan dengan gol pertama Sabah FC menerusi tandukan Daniel Ting pada minit ke-13 yang sebelum itu menerima bola hantaran pemain import Kwang Min Ho menjadikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mendahului dengan jaringan 1-0.

Sabah FC hampir mengejutkan pasukan Sri Pahang FC sekali lagi apabila ketua pasukan Park Taesu  hampir menambah gol kedua bagaimanapun percubaannya terkena tiang gol tuan rumah pada minit ke-22.

Tersentak dengan gol awal Sabah FC, tuan rumah terus mengatur serangan kegawang lawan namun berjaya dipatahkan pertahanan skuad Badak.

Kelekaan pertahanan Sabah FC memberi ruang kepada Sri Pahang FC untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan pemain import Kpah Sherman pada minit ke-25 menjadikan kedudukan berubah 1-1.

Tamat masa rehat, Sabah FC hampir menambah jaringan menerusi percubaan Kwang Min pada minit ke-47 namun sekali lagi sepakannya tinggi melewati palang tuan rumah.

Corak permainan Sabah FC dilihat mula sedikit berubah apabila pengendali pasukan itu dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan Noor Azriel Baharuddin pada minit ke-67

Meskipun dilayangkan kad merah, anak buah Datuk Ong Kim Swee itu tidak patah semangat apabila beberapa percubaan ke gawang lawan telah dilakukan pemain Sabah FC.

Jailton sekali lagi hampir menambah gol kedua Sabah FC pada minit ke-72 namun sepakan jarak jauhnya berjaya ditepis keluar penjaga gol tuan rumah.

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan kedua-dua pasukan hanya membawa pulang satu mata.

Sabah FC akan meneruskan saingan Liga Super bertemu Penang FC pada 17 Mac ini di Stadium Likas.

Sabah FC kini berada dikedudukan tangga kedua Liga Super dengan memungut 10 mata dibelakang pendahulu liga Johor Darul Ta’zim (JDT) FC. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya