Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Dubai : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor tiba di di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Ekspo dan Persidangan Keselamatan Maklumat Teluk (GISEC) di Pusat Dagangan Dunia Dubai di sini hari ini.
Acara yang diadakan selama tiga hari mula 14 Mac itu merupakan dan persidangan keselamatan siber terbesar dunia Arab yang menawarkan platfrom untuk pemimpin terus mendahului potensi ancaman, menemui strategi inovatif untuk kekal selamat daripada gangguan besar.
Turut Bersama rombongan Hajiji adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong; Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain.
Sabtu ini, Hajiji dan rombongan akan ke Mesir bagi bertemu dengan pelajar Sabah yang menuntut di pelbagai universiti di Timur Tengah.
Sejurus itu, Hajiji yang ditemani isteri Datin Seri Jualiah Salag akan ke Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah. – SABAH MEDIA