HomeSukanLima pemain Sabah FC dipanggil sertai kem latihan pusat, Saddil wakili Timnas

Lima pemain Sabah FC dipanggil sertai kem latihan pusat, Saddil wakili Timnas

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Lima pemain Sabah FC bakal memperkuatkan skuad Harimau Malaya selepas mereka dipanggil Ketua Jurulatih pasukan Kebangsaan Kim Pan Gon untuk menyertai kem latihan pusat bermula Sabtu ini.

Mereka akan mula berkumpul di Johor Bharu, bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac berdepan Turkmenistan dan Hong Kong (28 Mac) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Lima pemain Sabah FC yang dipanggil ialah Damien Lim; Darren Lok; Dominic Tan; Stuart Wilkim dan Daniel Ting.

Dua aksi persahabatan tersebut adalah sebahagian persiapan Harimau Malaya untuk menghadapi Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar, Januari depan.

Skuad kendalian Pan Gon itu turut menampilkan lima muka baharu daripada 27 pemain bagi kem latihan kali ini termasuk penjaga gol Damien Lim, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Fayadh Zulkifli Amin, Daniel Ting dan Feroz Baharudin.

Berdasarkan senarai berkenaan, jurulatih dari Korea Selatan itu mengekalkan seramai sembilan daripada 23 pemain yang membawa skuad Harimau Malaya layak ke separuh akhir Piala AFF 2022 pada Januari lalu.

Sementara itu, 13 pemain termasuk Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh, Sergio Aguero, Lee Tuck, Nathaniel Shio Hong Wan, Afiq Fazail dan Sharul Nazeem Zulpakar berada dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai 27 pemain.

Dalam pada itu, pemain import Sabah FC daripada Indonesia Saddil Ramdani turut dipanggil pasukan Timnas Indonesia bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang kelab Burundi pada 25 dan 28 Mac ini di Stadium Patriot Candrabhaga Bekas Jawa Barat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya