HomePolitikBung umum Shahelmey digantung keahlian UMNO enam tahun

Bung umum Shahelmey digantung keahlian UMNO enam tahun

Read Time:44 Second

Sandakan : UMNO menggantung keahlian Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya dalam parti itu selama enam tahun.

Difahamkam beliau (Shahelmey) dikenakan tindakan berkenaan selepas tidak menyokong keputusan UMNO Sabah untuk menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada awal Januari lalu.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu sidang media di sini, hari ini.

“Well… dia (Shahelmey) kena gantung enam tahun,” katanya ringkas.

Terdahulu, Shahelmy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, bersama empat lagi ADUN yang bertanding menggunakan tiket UMNO ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, bertindak kekal menyokong Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

Bagaimanapun, pada akhir Februari lalu, empat ADUN iaitu ADUN Sindumin, Datuk Yusof Yacob, Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) dan Datuk Arshad Bistari (Tempasuk) telah mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular