HomeUtamaHajiji bertemu pelajar Sabah di Kaherah, Mesir

Hajiji bertemu pelajar Sabah di Kaherah, Mesir

Read Time:34 Second

Kaherah (Mesir) : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam tiba di sini bagi menghadiri Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri bersama penuntut Sabah di Mesir yang diadakan pada hari ini.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo, Hajiji mengambil kesempatan untuk melawat asrama Yayasan Sabah di sini.

Dalam lawatan itu, beliau sekaligus bertemu sebahagian pelajar yang tinggal di asrama berkenaan.

Ketika lawatan, Hajiji sempat meluangkan masa mendengar pendapat, permohonan dan cadangan para pelajar yang dikemukakan wakil-wakil pelajar Sabah di Mesir, Jordan dan Arab Saudi yang turut sama dijemput ke Kaherah.

Hadir sama mengiringi beliau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan beberapa pegawai Kerajaan Negeri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Kaamatan medium satukan kepelbagaian etnik, budaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular