Saya belum terima maklumat rasmi, anggap pengumuman Bung rasmi – Shahelmey

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:44 Second

Kota Kinabalu : Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya telah menjangkakan mengenai keputusan penggantungan keahlian beliau dalam UMNO selama enam tahun.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini beliau belum ada menerima makluman rasmi dari parti berhubung perkara tersebut.

“Belum ada makluman rasmi saya terima dari parti setakat ini. Namun saya memang menjangkakan keputusan sedemikian dan menerimanya dengan berlapang dada. 

“Saya harap kenyataan (Datuk Seri) Bung itu bolehlah dianggap sebagai kenyataan rasmi parti,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu sidang media memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat itu digantung keahlian dari UMNO selama enam tahun.

“Well… dia (Shahelmey) kena gantung enam tahun,” katanya ringkas.

Difahamkam beliau (Shahelmey) dikenakan tindakan berkenaan selepas tidak menyokong keputusan UMNO Sabah untuk menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada awal Januari lalu. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *