HomeUtamaPolis hentikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian P.188 Lahad Datu

Polis hentikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian P.188 Lahad Datu

Read Time:1 Minute, 23 Second

LAHAD DATU: Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten komisioner (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad mengesahkan kejadian kekecohan semasa Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian P.188 Lahad Datu yang berlaku di Dewan Sri Perdana, dekat sini petang tadi.

Rohan Shah berkata, kejadian pada jam 2.45 petang itu berlaku adalah bermotifkan provokasi sehingga menyebabkan pergaduhan yang mengakibatkan dua individu mengalami kecederaan iaitu Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan Umno Sabah dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian P. 188 Lahad Datu.

Katanya, susulan dengan kejadian itu sepasukan Pegawai Polis Dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis daerah telah bertindak menghentikan perhimpunan terbabit dan berjaya mengawal keadaan.

“Suspek-suspek yang terlibat dalam kekecohan ini telah dikenalpasti iaitu dua orang lelaki berumur 33 tahun dan 38 tahun yang juga merupakan ahli biasa UMNO Bahagian P.188 Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan Shah, dalam kejadian ini pihak polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu atas kesalahan melanggar syarat-syarat
perhimpunan yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan juga di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara sampai setahun atau denda dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

“Kertas siasatan akan dirujuk Kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan Order To Investigation (OTI) dan arahan selanjutnya.

“Pihak penganjur diminta hadir ke Balai Polis untuk membantu siasatan dan sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Lahad Datu, Inspektor Sophia anak Thomas Kasau di talian 013-9392505.

“Masyarakat dinasihatkan agar menghentikan penularan video-video dan gambar-gambar mengenai kejadian ini kerana kes masih dalam siasatan pihak polis,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya