HomeSukanPerkembangan e-Sports di Malaysia progresif

Perkembangan e-Sports di Malaysia progresif

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Perkembangan sukan elektronik (E-Sports) di Malaysia dilihat semakin progresif dan mempunyai nilai komersial.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, perkembangan sukan elektronik di negara ini sewajarnya tidak dipandang rendah memandangkan persekitarannya mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Selain itu katanya ia juga mampu menjana ekonomi golongan muda di negara ini.

“Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia pada tahun 2020, jumlah peminat E-Sports negara bertambah daripada 9.5 juta orang pada 2016 kepada 19.8 juta orang pada 2019.

“Ini menunjukkan sukan elektronik ini semakin berkembang maju dan mendapat tempat seiring kemajuan teknologi masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Juara: Kejohanan Meta E-Sport Piala Kementerian Belia dan Sukan Sabah 2023 di sini, semalam.

Tambah beliau, sukan ini turut memberi kebanggaan kepada Sabah apabila seorang pemain E-Sport Mobile Legend: Bang-Bang negeri iaitu Mohammad Irwandy Lim akan mewakili Malaysia ke Sukan SEA Edisi ke-32 di Cambodia tahun ini.

“Sesungguhnya, sukan ini mampu menjadi medium kepada lonjakan pembangunan ekonomi negara jika ia dilakukan dengan cara yang baik dan terancang,” jelasnya.

Seramai 848 orang menyertai pertandingan yang julung kali dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Community Hero, Center Point Sabah dan Telekom Malaysia Berhad yang mana semua hadiah telah disampaikan oleh Ellron.

Pada program tersebut, kumpulan Rasid Hyper Grock telah dinobatkan sebagai juara kategori permainan Mobile Legend: Bang-Bang manakala permainan PUBG Mobile dimenangi kumpulan Super Elite, sementara permainan Tekken 7 dimenangi Yong Tze Kiong dan Muhd Fikfri Razali dinobatkan sebagai juara pertandingan permainan FIFA 2023.

Hadir sama, Setiausaha Tetap KBS Sabah Datuk Mansur Asun, Timbalan Setiausaha Tetap KBS Sabah, Putra Jali serta Ketua Bahagian Pelanggan TM Sabah, Sahrimin Mohd Iman.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya