HomePolitikPRN Sabah : Warisan mungkin bekerjasama dengan UMNO

PRN Sabah : Warisan mungkin bekerjasama dengan UMNO

Read Time:1 Minute, 51 Second

PUTATAN: Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendedahkan mungkin akan bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Shafie menyatakan perkara itu kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Program Bersama Akar Umbi Putatan di sini pada malam Ahad.

Beliau berkata, Warisan telah memasuki Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat tetapi tidak di Sabah kerana beliau mendakwa ‘orang’ mereka banyak dibeli.

“Kita memang dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat cuma di negeri ini kita tidak termasuk kerana orang kita banyak dibeli,” katanya sambil menambah sudah mengenal pasti parti yang menjadi kawan dalam PRN Sabah akan datang.

“Memang kita dah kenal pasti beberapa antaranya UMNO. Itu menjadi parti yang telah kita lihat di peringkat Sabah. Tapi kita belum memutuskan lagi.

“Tapi sebelum kita putuskan kita kenal pastikan kekuatan parti dapat diberi keutamaan dimana menyusun atur bukan hanya pimpinan di peringkat bahagian malahan kita tonjolkan bakal-bakal pemimpin yang akan mewakili Parti Warisan dalam pilihan raya yang akan datang.

“Ini yang menjadi kebimbangan kita jadi ini yang kita sediakan sebelum kita menyatakan bahawa siapa rakan yang kita akan berhadapan dalam pilihan raya nanti,” katanya.

Pada 7 Januari lalu, Bung Moktar mengumumkan Umno dan Barisan Nasional Sabah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri namun Shahelmey bersama empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu kekal menyokong Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkenaan.

Bagaimanapun, pada 21 Februari lalu, keempat-empat Adun iaitu Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) bersama seorang lagi Adun Umno Datuk Hamild@Hamid Awang (Balung) telah mengumumkan keluar parti.

Barisan Nasional juga kemudiannya mengumumkan Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan akan mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah dalam segala perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ia sekali gus mengetepikan peranan dimainkan Pengerusi UMNO dan BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan sebelum ini dalam berunding dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dan sabtu lalu Bung mengumumkan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya digantung keahlian parti selama enam tahun.

Namun pengumuman Bung itu tidak menjejaskan kedudukan Shahelmy sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerja Raya Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular