NTA yakin Hulu Kadamaian mampu menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Belud : Hulu Kadamaian yang terletak di lembah Tapak Warisan Dunia UNESCO Gunung Kinabalu disasarkan bakal menjadi sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia menjelang tahun 2033.

Presiden Persatuan Pelancongan Nabalu (NTA) Micheal Liman berkata, lokasi berkenaan kaya dengan alam semulajadi yang cantik seperti sungai; hutan semulajadi yang terpelihara selain turut dikenali pelancong tempatan dan luar negara.

Katanya, NTA yang dianggotai pemain industri pelancongan tempatan sekitar Kampung Kiau sehingga Kampung Gaur di sini merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dan akan terus merancakkan lagi kegiatan pelancongan dikalangan komuniti setempat.

“Sebelum ini kita telah berjaya menerima Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti ASEAN di Hanoi, Vietnam dari usaha keras komuniti di Hulu Kadamaian dan kita percaya akan datang kami bersedia melakukan yang lagi baik untuk komuniti pelancongan Hulu Kadamaian.

“Beberapa pelan perancangan telah kami buat bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat di kawasan Hulu kadamaian khususnya dalam menyedarkan masyarakat bahawa potensi bidang pelancongan merupakan satu sumber ekonomi baharu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Micheal berkata, pihaknya percata masih terdapat banyak lagi kawasan baharu yang belum diterokai di Hulu Kadamaian.

“Kami percaya itu adalah tanggungjawab kami memberi kesedaran kepada komuniti disamping perlunya bantuan daripada pihak kerajaan yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Micheal berkata, fokus uatama pihaknya adalah untuk ialah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sentiasa menjaga alam semulajadi di Hulu Kadamaian agar sentiasa mapan dan terpelihara.

“Kawasan Kadamaian sangat luas dengan jumlah pusat-pusat pelancongan yang sangat tinggi. Kami tubuhkan NTA untuk mengecilkan skop kawasan supaya lebih fokus memajukan kawasan Hulu Kadamaian yang semakin berkembang,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *