HomeUtamaSurat setuju terima projek naik taraf Bulatan Berungis – Mengkabong dijangka keluar...

Surat setuju terima projek naik taraf Bulatan Berungis – Mengkabong dijangka keluar Nov 2023: KKR

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kuala Lumpur: Surat Setuju Terima bagi Projek Menaik Taraf Jalan Bulatan Berungis ke Bulatan Mengkabong Tuaran dijangka dikeluarkan pada bulan November 2023.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek itu sedang melalui proses perolehan secara tender terbuka dengan kaedah Reka dan Bina.

“Projek Menaik Taraf Jalan Berunggis, Tuaran telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 12 November 2021 melalui Rolling Plan ke Dua (RP-2) Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

“Jajaran jalan yang dinaik taraf adalah bermula daripada Bulatan Jalan Berungis hingga ke Persimpangan Jalan Marabahai Spur sepanjang 2.9 km. “Agensi Pelaksana adalah Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama pihak JKR Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam dalam satu jawapan bertulis di persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini, bagi menjawab soalan lisan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH – Tuaran).

Dalam soalannya, Madius meminta Menteri Kerja Raya menyatakan status berkenaan menaik taraf Bulatan Berungis hingga Bulatan Mengkabong.

Beliau turut memohon agar peruntukan penyenggaraan lampu jalan persekutuan bagi Tuaran ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM500,000.

Mengulas mengenai penyenggaraan lampu jalan, Abdul Rahman memaklumkan pelaksanaannya tertakluk kepada cadangan senarai keutamaan iaitu di kawasan blackspot (kemalangan).

“Adalah dijangkakan peruntukan sebanyak RM700 ribu akan diterima bagi Fasa 2 untuk penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat bagi seluruh jalan persekutuan Sabah yang melibatkan 21 daerah.

“Peruntukan Fasa 2 ini hanya akan dimuktamadkan setelah keputusan kelulusan belanjawan 2023 diluluskan.

“Kementerian ini sentiasa memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa bagi penyenggaran lampu jalan Sabah untuk memastikan lampu-lampu jalan disenggara dengan baik.

“Permohonan Ahli Yang Berhormat tersebut akan dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) dengan mengambil kira kemampuan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan,” ujar Ahli Parlimen Lipis itu lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MTCP : Diplomasi Budaya 2024 kukuhkan hubungan dua hala

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular