HomeUtamaJHEWA diseru banyakkan kursus, ceramah kepimpinan untuk golongan wanita di Sabah

JHEWA diseru banyakkan kursus, ceramah kepimpinan untuk golongan wanita di Sabah

Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) diseru supaya dapat mengadakan lebih banyak lagi kursus atau ceramah-ceramah mengenai kepimpinan terutama sekali khusus untuk golongan wanita di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, kerajaan harus memartabatkan golongan wanita dan diberi ilmu pengetahuan sewajarnya dalam mendepani cabaran-cabaran dalam bidang yang mereka ceburi.

Katanya, kerajaan juga harus mengambil dari golongan wanita ini untuk menjawat beberapa jawatan penting dalam pekerjaan terutama sekali di negeri Sabah ini, agar golongan wanita ini dapat dibantu dan diangkat untuk dijadikan bukan sahaja pemimpin di peringkat kawasan, negeri tetapi juga negara.

James berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar KASIH Wanita : Kerjaya Dan Keluarga
Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2023, anjuran JHEWA Sabah di Ballroom Wisma Wanita di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, kearah mencapai sasaran 30 peratus golongan wanita sebagai pembuat keputusan di peringkat organisasi, James berkata, golongan wanita perlu diberi atau tingkatkan ilmu pengetahuan mereka terlebih dahulu dalam apa juga bidang yang mereka ceburi.

“Kerajaan mesti memberi ilmu pengetahuan terlebih dahulu kepada mereka-mereka ini terutama sekali golongan-golongan profesional tambahkan ilmu mereka bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi ilmu pengetahuan agar mereka ini lebih yakin untuk bersaing dengan golongan wanita lain di luar sana termasuklah dalam negara kita sendiri.

“Justeru, saya dalam kementerian saya terutama sekali kepada JHEWA Sabah supaya dapat memberikan lebih banyak lagi kursus atau ceramah-ceramah terutama sekali golongan wanita ini dari segi kepimpinan kerana untuk akademik sahaja tidak cukup untuk menjadikan mereka ini sebagai seorang pemimpin yang baik yang boleh digilap dan disyorkan ke peringkat antarabangsa tetapi mempunyai sesuatu tahap keyakinan yang tinggi,” katanya.

Beliau berharap golongan wanita di negeri ini terus bangkit lebih drastik untuk memajukan diri supaya dapat bersama-sama membantu dalam membangunkan negeri Sabah.

“Harapan saya kepada golongan wanita supaya bangkit dengan lebih drastik untuk memajukan wanita itu sendiri dan saya yakin dan percaya wanita pada hari ini sudah mula bangkit bukan sahaja membantu kerajaan dari segi pentadbiran tetapi juga dalam pembangunan negeri Sabah,” tegasnya.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat
Datuk Flovia Ng, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Sr. Lee Chun Khiong dan Pengarah JHEWA Sabah Haslina Ismail.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular