HomeUtamaJANS digesa segera tangani isu krisis air di Sepanggar

JANS digesa segera tangani isu krisis air di Sepanggar

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) digesa untuk mengambil langkah segera dan drastik dalam menangani isu krisis air yang terus menghantui penduduk di kawasan Parlimen Sepanggar.

Ahli Parlimen Sepanggar Mustapha Sakmud berkata, pelaksanaan projek Loji Rawatan Air (LRA) Telibong Dua perlu diberi fokus untuk disiapkan segera.

Katanya, Kerajaan Persekutuan sebelum ini juga telah menyatakan kesediaan untuk membantu Kerajaan Negeri dalam aspek pemberian peruntukan.

“Saya menggesa JANS agar mengambil langkah drastik dalam situasi sebegini. Ini bukan lagi isu bekalan air biasa tetapi krisis air.

“Difahamkam lebih 300,000 orang penduduk di kawasan Sepanggar bergantung harap terhadap kecekapan JANS menyelesaikan masalah ini.

“Pihak JANS juga perlu segera menyiapkan projek LRA Telibong Dua dimana Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk membantu kerajaan negeri menyelesaikan masalah infrastruktur dan air di negeri ini dalam konteks pemberian peruntukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, pihaknya juga kini sedang menunggu panggilan mesyuarat bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Lori tangki air bersih terpaksa digunakan bagi menghantar bekalan air bersih dikawasan Perumahan terjejas

Katanya, ia adalah bagi mencari kaedah terbaik menyelesaikan isu penempatan setinggan di kawasan Sepanggar yang turut dikaitkan dengan kegiatan mencuri air sebelum ini.

“Satu mekanisme baharu perlu dicari dan diteliti bagi menyelesaikan isu penempatan setinggan di Parlimen Sepanggar dengan mengambil kira aspek kemanusiaan tanpa mengabaikan kepentingan penduduk Sepanggar secara amnya.

“Saya juga sedang menunggu panggilan mesyuarat daripada pihak DBKK untuk mendapatkan gambaran terperinci isu penempatan setinggan yang baru-baru ini turut dikaitkan dengan kegiatan mencuri air.

“Dalam masa yang sama juga, keperluan dan kepentingan penduduk Sepanggar menjadi keutamaan tertinggi saya dalam isu ini,” katanya.

Terdahulu, Mustapa turut melakukan tinjauan di kawasan paip agihan air Kampung Suang Parai yang didakwa penduduk menjadi sasaran kegiatan mencuri air oleh penduduk penempatan setinggan berhampiran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular