HomeIsu tempatanKML raih 9 emas di Simposium PAL 2023

KML raih 9 emas di Simposium PAL 2023

Read Time:2 Minute, 2 Second

Labuan : Kontinjen Kolej Matrikulasi Labuan (KML) berjaya meraih sembilan pingat emas dan dua pingat perak di Simposium Peer Assisted Learning (PAL) 2023, Program Matrikulasi, kali ketiga yang diadakan di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng, baru-baru ini.

Tujuh pingat emas itu diperolehi menerusi kategori satu, Penyampaian Lisan dan masing-masing satu emas menerusi kategori dua, Pertandingan Poster dan kategori tiga, Video Pelaksanaan Program PAL di Kolej Matrikulasi.

Kolej Matrikulasi Labuan diwakili oleh 20 orang pemimpin PAL bagi tiga kategori yang dipertandingkan.

Kategori satu iaitu pembentangan lisan mata pelajaran, Jurusan Sains bagi Subjek Biologi diwakili oleh Tham Ting Yew dan Peter Tang See Han, Fizik BongJing Ying dan Mohammad Farihin Roslan, Kimia Eveline Sima anak Paridin dan Kizzer Poh Wee Shen.

Seterusnya bagi Subjek Sains Komputer diwakili oleh Nur Aina Latifah Umar dan Shirley Osman serta Matematik Sains, Chai Rui Han dan Liew En Yii.

Manakala bagi Jurusan Perakaunan, Subjek Ekonomi diwakili oleh Chin JinLe dan Chin Zheng Hung, Subjek Perakaunan oleh Jennice Woliston John, Pengurusan Perniagaan Grace Nathania Gaisah dan Vanessa Shimai anak Insuil serta Matematik Akaun Edwin Mau Yew Jiun dan Nur Fatini Mahrin.

Kategori dua iaitu Pertandingan PosterPelaksanaan Program PAL di Kolej Matrikulasi diwakili oleh Pengerusi PAL Kolej Matrikulasi Labuan, Mohamad Haikal Partono.

Kategori tiga Pertandingan Video TikTok Promosi Program PAL di Kolej Matrikulasi telah diwakili oleh Cleo Law Eng Yee dan Rania Teoni Teo Ko Siong.

Bagi kategori ini, peserta hanya perlu memuat naik video di aplikasi TikTok PAL Leaders KML untuk dinilai oleh juri.

Sementara itu, Pengarah KML Mohd Mahyuddin Mohd Noordin merakamkan penghargaan atas kejayaan pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama KML di peringkat kebangsaan.

Beliau berharap semoga simposium ini memberi manfaat kepada pelajarpelajar dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik.

“Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada pensyarah yang membimbing mereka sehingga mampu melakar kejayaan yang membanggakan KML,”katanya.

Sebanyak 14 buah Kolej Matrikulasi dan tiga buah Kolej MARA telah menyertai Simposium PAL 2023.

Pelaksanaan Simposium PAL adalah bertujuan memperkasa jaringan kerjasama antara semua pemimpin PAL seluruh negara dalam Program Matrikulasi.

Simposium ini juga menjadi landasan bagi pemimpin PAL untuk mengetengahkan bakat dan idea di peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, ia menjadi medan yang sesuai bagi pemimpin PAL berkongsi idea dan cara dalam melaksanakan program PAL di kolej masing-masing.

Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar Bahagian Matrikulasi, Mohd Kassim Jaafar dan Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, Azman Mokhtar menyampaikan hadiah kepada semua pemenang semasa Majlis Penutupan Simposium PAL 2023. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular