HomeIsu tempatanPRBS diseru terus bersatu demi kelangsungan identiti budaya yang diwarisi - Dr...

PRBS diseru terus bersatu demi kelangsungan identiti budaya yang diwarisi – Dr Joachim

Read Time:1 Minute, 31 Second

KUDAT : Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menyeru semua ahli Persatuan Rungus Bersatu Sabah (PRBS) supaya terus bersatu demi kelangsungan identiti kebudayaan yang diwarisi mereka.

“Sekiranya tidak bersatu dan tiada usaha untuk menyatu-padukan etnik di Sabah maka kita akan kehilangan identiti atau kebudayaan di Sabah ini,” Kata Dr Joachim semasa merasmikan Majlis Hari Keluarga PRBS pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Dr Joachim turut memuji usaha yang telah dilaksanakan oleh Presiden PRBS iaitu, OKK Makinsos Nawai dalam menganjurkan program ini.

Suku Rungus merupakan salah satu rumpun Dusun di Sabah. Semua suku yang ada dalam negeri ini termasuk Rungus adalah dikawal selia oleh Persatuan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA).

Dr Joachim yang juga Timbalan Presiden KDCA, menggalakkan orang-orang Rungus untuk terus melibatkan diri dengan aktiviti seperti menyulam manik-manik kerana suku ini sudah sinonim dengan perniagaan manik-manik di negeri ini.

Sementara itu, Makinsos berkata, penubuhan PRBS ini ialah bertujuan memartabatkan lagi adat istiadat Rungus di daerah ini.

Katanya, program ini merupakan acara tahunan yang julung kali diadakan selepas pandemik Covid-19., sambil menambah, sebagai pengisian program, beberapa aktiviti diadakan antaranya sukaneka dan majlis makan malam.

Makinsos mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Dr. Joachim merasmikan Hari Keluarga PRBS pada kali ini.

Terdahulu, Dr Joachim menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa KDCA di Kota Kinabalu yang dipengerusikan oleh Presiden KDCA, Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Turut hadir Pegawai Pemimpin Masyarakat Daerah Kecil Matunggong, Epson Kawahui mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong, Datuk Julita Majungki; Pengerusi Penganjur Majlis Hari Keluarga, Frankey Suin; Presiden Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA), Muji Ampau; Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Christoper Mandut; Ketua Daerah Kecil Matunggong dan Kota Marudu, OKK Samuil Majuin dan OKK Elui Majikin; mantan Adun Matunggong, Sarapin Magana dan Atung Mangabis serta semua AJK tertinggi PRBS.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular