HomeIsu tempatanSeorang tidak sedarkan diri, empat selamat terhidu gas beracun

Seorang tidak sedarkan diri, empat selamat terhidu gas beracun

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tidak sedarkan diri manakala empat lagi selamat selepas terhidu gas beracun di Jeti QL Marine, Sepanggar dekat sini malam tadi.

Salah seorang mangsa terhidu gas beracun dikejarkan ke hospital. – Foto ihsan JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 8.26 malam, semalam (25 Mac).

“Menurut laporan di lokasi kejadian terdapat gas beracun berpunca dari sebuah tong berisi ikan yang telah busuk.

“Setibanya Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dengan Pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap melakukan pemeriksa kawasan tersebut untuk mendapatkan Material Safety Data Sheet (MSDS) bahan namun tidak mengesan apa-apa bahan kimia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, terdapat lima orang mangsa dilaporkan terlibat dikeluarkan oleh Pasukan HAZMAT Bomba.

“Seorang daripada mangsa dikenali sebagai Jirol Carumpi,23, tidak sedarkan diri dan diserahkan kepada pihak Ambulan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Manakala dua orang mangsa dihantar ke hospital menggunakan jentera Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) manakala dua mangsa lagi dihantar oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Setelah memastikan kawasan sekeliling tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan pada jam 10.08 malam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular