HomeIsu tempatanAhli Briged Putera KK adakan lawatan sambil belajar ke UMS

Ahli Briged Putera KK adakan lawatan sambil belajar ke UMS

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu :  Ahli Briged Putera di Kota Kinabalu baru-baru ini telah berjaya mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) 

Briged Putera Sabah (BPS) dalam satu kenyataan berkata, aktiviti yang diadakan pada cuti sekolah baru-baru ini merupakan atas inisiatif Kompeni Kota Kinabalu Keempat.

“Tujuan lawatan adalah untuk menanam sikap dan nilai pembelajaran secara berterusan dalam kalangan ahli serta merapatkan hubungan baik dengan para agensi kerajaan berkaitan. 

“BPS merupakan salah satu badan gabungan Majlis Belia Sabah (MBS) iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang bekerjasama dengan kerajaan untuk membangun belia di negeri ini,” menurut kenyataan itu di sini. 

Tempat-tempat yang dilawati dalam program berkenaan ialah Muzium Perubatan Ibnu Sina, Galeri Kesenian Azman Hashim, Muzium Akuarium dan Marin serta Pusat Memanah Rawja. 

Seramai 40 peserta sekolah menengah termasuklah tujuh orang pegawai telah menyertai aktiviti sehari berkenaan.

Aktiviti itu turut menyedarkan para peserta berkaitan perkara-perkara dalam bidang sains dan seni. 

Sementara itu,  Sarjan Lewis Liew daripada Kompeni Kota Kinabalu Keempat berkata, dia teruja dengan kaedah memproses organ dan mayat manusia menjadi spesimen untuk tujuan pameran serta kajian saintifik.

Selain itu katanya, para ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk menyokong dan menggalakkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti seumpamanya.

Menurut Rose Ladzim, lawatan ini telah membuka minda anak-anaknya dan beliau berharap lebih banyak aktiviti seperti ini kerana dapat melatih mereka bersikap lebih berdikari pada masa depan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular