Lelaki tertidur atas jalan raya, maut dilanggar kereta

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

TENOM: Seorang lelaki maut dilanggar kereta dipercayai tertidur atas jalan raya dalam satu kejadian berhampiran SK Sapong dekat sini pada tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom PPgB Mohd Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.16 tengah malam tadi (28 Mac).

Pasukan Bomba sedang membantu mengeluarkan mangsa dari bawah kereta yang terlanggar mangsa di lokasi kejadian. – Foto ihsan Bomba Tenom

“Setibanya pasukan Bomba ke lokasi kejadian mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Gen 2 terlanggar seorang lelaki yang dipercayai tertidur di atas jalan raya.

“Mangsa yang dikenali sebagai Simon Lucius berumur 55 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan setelah memastikan tiada lagi bahaya lain terlibat, operasi ditamatkan pada jam 1.12 pagi,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Zainal berkata, menurut maklumat awal mendapati sebelum kejadian mangsa telah memberhentikan keretanya di tengah jalan raya dan keluar dari dalam kereta di lokasi kejadian.

“Punca dan sebab kematian masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *