Kebersihan, keselamatan makanan tetap diberi keutamaan – Izzat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah memberi jaminan bahawa tahap kebersihan dan keselamatan makanan serta minuman yang dijual di Bazar Ramadan adalah terjaga berdasarkan peraturan yang ditetapkan.

Ketua Unit Pembangunan Institusi Pemasaran Sabah Muhammad Izzat Menson berkata, ini kerana para peniaga khususnya yang berniaga di bazar kendalian FAMA Sabah diwajibkan untuk mendapatkan sijil kesihatan.

“Pada tahun ini, semua peniaga khususnya yang berniaga dibawah kendalian FAMA Sabah, kita wajibkan untuk mendapatkan suntikan Typhoid. 

Ketua Unit Pembangunan Institusi Pemasaran Sabah Muhammad Izzat Menson

“Ini juga adalah bagi memastikan kebersihan dan keselamatan terjamin khususnya dalam penyediaan makanan,” katanya.

Pada tahun ini, FAMA Sabah menyediakan tiga lokasi Bazar Ramadan iaitu di Asia City, Taman Putera Jaya Telipok dan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Muhammad Izzat berkata, objektif penganjuran Bazar Ramadan pada setiap tahun itu adalah untuk memberi peluang kepada peniaga atau usahawan yang menjual makanan untuk meningkatkan pendapatan selepas pandemik COVID-19.

Katanya, Bazar Ramadan Asia City telah dianjurkan selama 21 tahun dengan melibatkan lebih 90 peniaga terlibat pada tahun ini.

“Pada tahun ini, penglibatan usahawan dilihat lebih ramai yang turut serta dan Alhamdulillah peniaga silih berganti, ada yang baru ada yang lama.

“Sudah tentu objektif utama penganjuran bazar ini adalah untuk membantu peniaga meningkatkan pendapatan mereka selepas pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau turut menasihatkan peniaga agar menjual makanan dan minuman pada harga yang berpatutan. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *