HomeIsu tempatanKabel bawah tanah milik SESB rosak punca gangguan bekalan

Kabel bawah tanah milik SESB rosak punca gangguan bekalan

Read Time:34 Second

Kota Kinabalu : Kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjadi antara punca kepada gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan Tebobon, Sepanggar dan Manggatal pada Ahad lalu.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, hasil pemeriksaan dan pencarian mendapati terdapat kerosakan kabel bawah tanah yang disyaki terkesan daripada pembesaran jalan di kawasan berkenaan.

“Kabel milik SESB disyaki termampat akibat daripada kerja-kerja pembesaran jalan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, SESB kini dalam tindakan untuk menaiktaraf sistem pembahagian bekalan elektrik dari Pencawang Pembahagi Utama Menggatal untuk meningkatkan daya harap serta mempercepatkan kerja-kerja pemulihan bekalan di kawasan tersebut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Deklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular