HomeIsu tempatanPresiden PMDKK gesa pasukan supaya kerja keras tingkatkan sukan memanah, harumkan nama...

Presiden PMDKK gesa pasukan supaya kerja keras tingkatkan sukan memanah, harumkan nama negara

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu (PMDKK) Ram Singh menggesa pasukannya supaya bekerja lebih keras meningkatkan sukan memanah khususnya untuk ahli dan pemanah negeri dalam mengharumkan nama negeri dan negara menerusi sukan itu.

“Penggal ini, kami telah memutuskan untuk memasukkan pasukan memanah para negeri ke dalam agenda kami kerana kami merasakan mereka juga adalah salah satu penyumbang kejayaan negeri dalam sukan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ram, tiga pemanah muda telah dipilih untuk menyertai pasukan kerana persatuan mempunyai hasrat untuk melaksanakan program pembangunan belia untuk ahli junior di samping rancangan memanah dan pelapis muda untuk persatuan.

Katanya, beberapa program telah dimulakan dan akan dilaksanakan tidak lama lagi seperti seminar memanah legenda Jurulatih Korea Kim Hyung Tak yang akan diadakan pada penghujung Mei 2023, kejohanan memanah Piala CPL di mana persatuan sedang bersedia untuk pemanah menguasai format kejohanan memanah baharu atau pusingan penuh FITA pada April 2023. Antara lain program lawatan pendidikan jabatan kerajaan dan sektor pertanian di negeri ini.

Ram berkata, PMDKK juga sedang berusaha untuk bekerjasama rapat dengan badan induknya, Persatuan Memanah Negeri Sabah, Majlis Sukan Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah, Lembaga Sukan Negeri Sabah dalam memajukan sukan memanah ke tahap yang lebih tinggi.

Sementara itu, Ram Singh, sekali lagi mengekalkan jawatan Presiden PMDKK tanpa bertanding untuk penggal ke-4 berturut-turut pada Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa PMDKK telah berlangsung pada Sabtu baru-baru ini.

Manakala barisan Ahli Jawatankuasa Tertingginya, Kartini Kamis masih menjadi Timbalan Presiden manakala Clarence Jews dipilih sebagai Naib Presiden, Shiu Vay Leung sebagai Setiausaha Agung, Eugenius Lo Foh Soon sebagai Penolong Setiausaha, Stephanie Chin dan Elaine Van Shuk Lei dikekalkan masing-masing sebagai Bendahari dan Penolong Bendahari

Tujuh Ahli Jawatankuasa ialah Richard Chong, Somphon Sararaks, Anthony Lee, Emily Lo, Charlie Jikulis, Kenneth Chow dan Renee Sew.

Jawatankuasa tersebut telah memilih ibu bapa yang bekerja keras dan personaliti berpengalaman serta beberapa pemanah kanan sebagai penasihat dalam pasukan, untuk membimbing dan meningkatkan persatuan ke tahap yang lebih tinggi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular