HomeUtamaPenceramah perlu dapatkan tauliah - Arifin

Penceramah perlu dapatkan tauliah – Arifin

Read Time:1 Minute, 4 Second

Membakut : Sabah tidak menghalang mana-mana individu yang mahu memberikan ceramah atau syarahan agama di negeri ini selagi mengikut prosedur yang ditetapkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bagaimanapun mereka yang ingin memberi ceramah perlu mendapatkan tauliah dari Pejabat Mufti Negeri Sabah.

Katanya, ia juga selaras dengan peraturan yang ditetapkan di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) selain sama seperti tatacara yang terdapat di negeri-negeri lain di negara ini.

“Apabila hendak mengadakan ceramah di negeri ini, pemohon mestilah mendapatkan tauliah daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah.

“Dan setakat ini kita tiada masalah untuk memberikan tauliah kepada mana-mana pihak yang layak untuk mengajar agama misalnya guru-guru KAFA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan buah kurma, buku solat dan minumqn ringan pada Program Bingkisan Ramadan 1444H/2023M di sini baru-baru ini.

Pada program itu sebanyak 3,700 Ketua Isi Rumah (KIR) menerusi 36 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) menerima sumbangan berkenaan.

Arifin yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam Sabah berkata, beliau turut membuat permohonan tauliah untuk mengajar, ceramah dan khutbah.

“Saya sendiri pun telah mendapat tauliah untuk mengajar, ceramah dan khutbah untuk memberi contoh kepada yang lain bahawa tiada yang terkecuali daripada peraturan yang kita buat untuk kebaikan bersama,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya