HomeUtamaKKD akan terus perkasa strategi dalam menangani berita palsu

KKD akan terus perkasa strategi dalam menangani berita palsu

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan terus memperkasakan peranan dan strateginya dalam menangani isu membabitkan penularan berita palsu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya mengambil perhatian serius tentang penularan berita palsu yang mampu menggugat keharmonian serta perpaduan dalam masyarakat.

“Kita mengambil perhatian serius berhubung dengan perkara ini dan untuk mendepani berita palsu, kita perlu perkasakan kaedah penyampaian berita sahih.

“Apabila kita menyebut berita sahih sudah pastilah tunjangnya adalah adalah Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Penyiaran (RTM) serta agensi-agensi di bawah KKD.

“Demikian juga dengan program penjelasan isu yang berkaitan dengan Sabah, penerangan tentang dasar-dasar kerajaan dan kita juga fokus dengan peranan yang dimainkan JaPen kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor yang diiringi Timbalannya, Supian Musa serta Timbalan Pengarah Penyiaran Sabah, Aminah Samsudin bersama rombongan masing-masing.

Arifin yang juga Exco Komunikasi berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat bersama jabatan serta agensi di bawah KKD untuk menyelaraskan semua program serta aktiviti kementerian itu di Sabah.

“Kita akan mengadakan perbincangan dan mesyuarat selanjutnya bersama jabatan serta agensi di bawah KKD berhubung dengan program serta aktiviti JaPen, RTM dan agensi-agensi lain sesuai dengan amanah yang diberikan kepada saya sebagai Exco Komunikasi Sabah.

“Dalam kunjungan hormat saya kepada Menteri KKD baru-baru ini, saya telah membawa beberapa permohonan berhubung dengan keperluan-keperluan di Negeri Sabah termasuk liputan jalur lebar.

“Yang mana kita mensasarkan liputan penuh menjelang tahun 2024 dan kita berharap Sabah akan menerima prasarana dan peruntukan yang disediakan oleh KKD,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular