HomeUtamaLebih 400 golongan memerlukan terima sumbangan Ramadan di DUN Petagas

Lebih 400 golongan memerlukan terima sumbangan Ramadan di DUN Petagas

Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Lebih 400 orang golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas menerima sumbangan Ramadan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji diiringi Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Ariffin Arif dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Sahari turut menyampaikan sumbangan sebelum berbuka puasa.

Hajiji berkata, beliau sangat menghargai sumbangan yang diberi, ini sedikit sebanyak dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung golongan yang kurang berkemampuan sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal serta Golongan Memerlukan di Masjid Jamek di sini, hari ini.

Menurut Hajiji, setiap tahun Kerajaan Negeri ada memberi bantuan kepada fakir miskin, mereka yang kurang berkemampuan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) selain daripada itu syarikat-syarikat kerajaan juga ada menganjurkan pelbagai majlis juga memberi sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan seperti anak yatim piatu, golongan warga emas dan sebagainya.

Justeru, katanya, Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited untuk membawa kesejahteraan untuk semua rakyat Sabah.

“Kerajaan yang saya pimpin hari ini bekerja keras untuk membawa kemajuan dan pembangunan kepada negeri dan rakyat,” ujarnya.

Beliau juga turut mengingatkan bahawa kepentingan untuk semua khususnya Umat Islam mengambil peluang mengeratkan silaturrahim sepanjang bulan Ramadan.

“Oleh itu, perpecahan dan keretakan dalam kalangan rakyat hanya akan menghalang kemajuan dan aksi pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular