Njoku Jacob, pemain senior Sabah FC banyak membantu skuad U23 – Johnny

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Kehadiran pemain import Sabah FC dari Nigeria Njoku Jacob bagi membantu skuad bawah 23 tahun dalam mengharungi saingan Piala MFL kumpulan A musim ini dilihat dapat membantu pasukan khususnya dibahagian serangan.

Ketua Jurulatih skuad Sabah FC U23 Johnny Dominicus berkata, ia termasuklah beberapa pemain pasukan senior yang turut membantu mengharungi saingan Piala MFL.

“Bagi saya, (Njoku) Jacob banyak membantu pasukan bawah 23 tahun. Bukan saja Jacob tetapi semua pemain senior yang diturunkan membantu pasukan bawah 23 tahun.

“Dalam bola sepak, bukan untuk seorang tapi bagi saya ia kerja berpasukan.  Jadi antara mereka, sudah pasti banyak membantu.Dari situ, kita boleh nampak pasukan boleh maji atas bantuan antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat perlawanan aksi Piala MFL kumpulan A menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II di Stadium Likas malam tadi.

Pada perlawanan itu, Sabah FC U23 sekadar mencatat keputusan seri 1-1 kepada JDT II dan gol skuad Badak dihasilkan oleh Njoku Jacob menerusi sepakan penalti pada minit ke-50.

Johnny turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee yang banyak memberi bantuan khususnya pemain senior dalam pasukan bawah 23 tahun.

Mengenai aksi menentang JDT II semalam, Johnny berkata, perlawanan bagi kedua-dua pasukan dilihat seimbang meskipun hanya berjaya memungut satu mata di laman sendiri.

“Keseluruhan perlawanan malam ini kalau kita lihat ianya seimbang, kedua-dua pasukan mempunyai peluang cuma penyudahnya sahaja yang kurang berkesan,” katanya. – SABAH MEDIA. 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *