HomeUtamaMASwings lancar penerbangan terus dari Miri ke Long Banga

MASwings lancar penerbangan terus dari Miri ke Long Banga

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: MASwings, anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG), telah melancarkan penerbangan terus dua kali seminggu dari Miri ke Long Banga di bawah Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO) berkuat kuasa 26 Mac 2023.

Menurut kenyataan media Komunikasi MASwings hari ini, perkhidmatan terus baharu ini akan memberi kemudahan kepada masyarakat tempatan dalam memudahkan pergerakan mereka untuk menyokong perniagaan kecil dan perjalanan riadah, di samping membantu meningkatkan industri pelancongan masyarakat dengan membuka jalan baharu pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

“Sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan kawasan luar bandar di Borneo, MASwings kekal komited untuk menyokong aspirasi kerajaan negeri untuk pertumbuhan dan pembangunan ekonomi berterusan Sabah dan Sarawak,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, syarikat penerbangan itu akan terus mengutamakan usaha berterusan untuk menambah baik ketersambungan penerbangan terutamanya di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya tidak boleh diakses melalui jalan utama.

Perkhidmatan terus dua kali seminggu MASwings dari Miri ke Long Banga akan beroperasi melalui DHC6-400 Twin Otter dan tersedia pada hari Khamis dan Sabtu.

Selain itu, penumpang juga mempunyai pilihan untuk terbang ke Long Banga dari Miri melalui Marudi, yang mengendalikan satu penerbangan setiap Selasa.

Penerbangan sulung itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala di Lapangan Terbang Miri untuk menghantar penumpang dalam penerbangan pertama diiringi Ketua Pegawai Operasi MASwings, Suresh Singam.

Penumpang boleh menempah perjalanan mereka melalui pejabat tiket MASwings atau Malaysia Airlines, atau di mana-mana ejen pelancongan yang dilantik di seluruh Malaysia. Tempahan juga boleh dibuat melalui nombor Pusat Panggilan Malaysia Airlines di 1 300 88 3000.

Untuk maklumat lanjut tentang destinasi, tambang dan jadual penerbangan dan untuk menempah perjalanan anda yang seterusnya layari laman web MASwing www.maswings.com.my.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular