HomeIsu tempatanCubaan seludup rokok gagal

Cubaan seludup rokok gagal

Read Time:1 Minute, 8 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Lahad Datu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya memintas dan menggagalkan cubaan menyeludup rokok di kawasan perairan Hutan Simpan Muara Sungai Timbadu Lahad Datu, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, pihaknya berjaya mengesan pergerakan sebuah bot dalam keadaan yang mencurigakan sekitar jam 8.30 malam di kawasan perairan Sungai Timbadu Lahad Datu.

“Menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia, pengemudi bot tersebut bertindak meloloskan diri dengan memecut laju dan berjaya melarikan diri dengan menuju ke kawasan Perairan Sungai Timbadu.

“Mereka juga bertindak membuang tiga bungkusan plastik berwarna hitam ketika aksi kejar mengejar. Hasil pemeriksaan keatas bungkusan yang dibuang mendapati sejumlah 600 kotak rokok putih dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Mohd Rizam berkata, anggaran nilai rampasan rokok adalah hampir RM8,000 dan semua barang rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.   Maritim Malaysia akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di Zon Maritim Malaysia.

“Orang ramai khususnya komuniti maritim diminta untuk bekerjasama menyalurkan maklumat ataupun aduan ke Zon Maritim Lahad Datu yang beroperasi 24 jam di talian 089-885727 atau MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular