HomeUtamaJualan RAHMAH Hari Raya: 99 Speedmart tawar barangan asas mampu milik seluruh...

Jualan RAHMAH Hari Raya: 99 Speedmart tawar barangan asas mampu milik seluruh Sabah

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup (KPDN) Negeri Sabah, Georgie Abas pada hari ini telah membuat tinjauan pelaksanaan Jualan RAHMAH Hari Raya yang ditawarkan di salah sebuah premis 99 Speedmart (East Malaysia) Sdn. Bhd. di Kota Kinabalu.

Georgie berkata, pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH di kesemua 202 Cawangan 99 Speedmart di seluruh negeri ini meliputi aktiviti Jualan RAHMAH yang dijalankan selama sebulan mulai 23 Mac 2023 sehingga 22 April 2023.

“Jualan ini melibatkan sebanyak 35 barang pelbagai produk barangan asas dan perlu seperti beras, tepung, air minuman, ketupat mini, kordial, minyak masak botol 5 kilogram, mentega, biskut raya dan sebagainya yang masing-masing ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 30 peratus berbanding harga jualan murah sedia ada,” katanya.

Turut hadir semasa tinjauan adalah General Manager (East Malaysia), Foo Meng Keet dan Senior Manager Branches Operation (East Malaysia), 99 Speedmart (East Malaysia)
Sdn. Bhd. Lim Yu Kiun.

Menurut Georgie, KPDN melihat tambahan diskaun di bawah Jualan RAHMAH yang ditawarkan oleh 99 Speedmart ini sebagai tawaran yang amat berbaloi, berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Sabah,
seiring dengan keperluan rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas.

“Seterusnya, Jualan RAHMAH ini juga dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan sepanjang bulan Ramadan, serta Syawal yang bakal tiba,” ujarnya.

Justeru, katanya, KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Sabah dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini.

Pada masa yang sama, tambah beliau, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna, khususnya menjelang musim perayaan.

“KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian pengguna di negeri Sabah, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat untuk mendapatkan barangan dengan harga yang rendah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.

“KPDN Sabah ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada 99 Speedmart (East Malaysia) Sdn. Bhd di atas inisiatif ini bagi membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban kos sara hidup mereka di Sabah dan berharap lebih banyak pemain industri di Sabah turut menawarkan jualan rahmah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya