HomeIsu tempatanPERKIS berjaya kutip dana untuk Tabung Kemanusiaan Palestin

PERKIS berjaya kutip dana untuk Tabung Kemanusiaan Palestin

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) berjaya mengutip sumbangan dana sebanyak RM120,000 untuk Tabung Kemanusian Palestin. 

Pemangku Presiden PERKIS Sabah, Abdul Sani Marif berkata, dana tersebut  terkumpul sejak dilancarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada tahun 2021.

“Kekangan Pandemik COVID-19 menyebabkan penyerahan sumbangan  bagi membantu rakyat Palestin tertangguh namun akan disampaikan pada 9 April ini.

“Majlis penyerahan kepada AMAN Palestin akan diadakan pada tarikh tersebut dan Ketua Menteri dijangka hadir  bagi menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut,” katanya. 

Beliau ditemui media dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Asnaf anjuran PERKIS Bahagian Daerah Putatan dan Penyampaian Sumbangan Untuk Sekolah Maahad Tahfiz dan Pelajar-Pelajar di sini. 

Pada majlis tersebut, Abdul Sani turut menyampaikan sumbangan kewangan dan bakul makanan kepada 50 penerima golongan asnaf serta ibu tunggal dari sekitar daerah Putatan.

Manakala enam sekolah maahad tahfiz yang menerima sumbangan ialah Ma’ahad Tahfiz Darul Aminah, Madrasah Al Hidayah Kampung Muhibbah, Madrasah Tahfiz Al Quran Ar-Rahman Tanjung Aru Lama,Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Nahdatul Ilmiah, Madrasah Al Hadanah Nur Islam dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah Taman Pantai Lok Kawi. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular