HomeUtamaManfaatkan sepenuhnya peluang yang ada - Arifin

Manfaatkan sepenuhnya peluang yang ada – Arifin

Read Time:1 Minute, 35 Second

Membakut : Golongan peniaga kecil khususnya di daerah ini diharap dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada menerusi bimbingan yang diberikan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, beliau turut menyambut baik inisiatif yang diberikan TM kepada peniaga kecil dalam mewujudkan usahawan digital.

Katanya, ia penting agar peniaga kecil di daerah itu dapat meningkatkan lagi taraf ekonomi masing-masing.

“Kita berterima kasih atas komitmen TM untuk membantu peniaga kecil di Membakut ini khususnya dalam membimbing mereka menjalankan perniagaan secara dalam talian.

“Untuk tujuan ini, kita akan mengadakan kerjasama di antara TM dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) untuk menyelaras program dalam bidang perniagaan online,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Cahaya Ramadhan Setulus Ikhlas Yayasan TM di Dewan Sri Wawasan Kampung Pimping, di sini.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, selain daerah ini, TM juga akan melaksanakan beberapa program di seluruh negeri ini selaras dengan misi menjadikan Sabah antara negeri yang mendapat liputan menyeluruh menjelang tahun 2024.

“Selepas pertemuan saya dengan Menteri Komunikasi dan Digital baru-baru ini, kita dapati beliau seorang yang komited dan telah mengarahkan agensi-agensi berkenaan untuk mengambil tindakan. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau khususnya dalam kita sama-sama memastikan Sabah mendapat liputan menyeluruh dalam tahun 2024. 

“Yang sangat penting ialah kita berjaya mencapai sasaran 90 peratus ke atas dan saya yakin dengan komitmen kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Digital yang mana Sabah kini mencapai 86 peratus liputan,” katanya.

Beliau yang juga Exco Komunikasi Negeri Sabah berkata, pihaknya juga optimis sebahagian besar Sabah akan berjaya mendapat liputan dan nikmat pendigitalan akan memberi manfaat kepada para pelajar, golongan usahawan serta masyarakat juga mudah memperoleh maklumat sahih. 

Pada majlis tersebut, beliau diiringi Pengurus Besar TM Sabah, Datuk Sainal Mohd Amin dan Penolong Pegawai Daerah, Ibrahim Terki menyampaikan sumbangan Yayasan TM kepada 137 anak yatim.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya